Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Everyday I'm In Love




I'm lonely without you
Monday, November 14, 2011 | 12:05 AM | 0 comments


Hey kawan-kawan ibu-ibu bapa-bapa sedara mara sepupu sepapat yang di-pertuan agong perdana menteri menteri besar menteri pelajaran menteri belia dan sukan menteri pembangunan dan semua rakyat malaysia. Fuhh, penat saya menaip. Boleh patah jari dibuatnya. Ha3 okay-okay serius. Hari ni nak meluahkan perasaan je. okay? Kalau tak nak dengar takpe, lu orang boleh cau dari blog gua. Ha3 kiddin' jangan terasa. Dengarlah luahan hati seorang bayi kanak-kanak budak-budak mak orang tunangan orang bini orang pelajar yang hidupnya kesunyian tanpa seorang banyak teman bernama BUKU. eh salah-salah, BUKU-BUKU. kata banyak, so kita kena guna kata ganda. Ceh, ni dah melalut sampai pelajaran bm ni nape. Bukannya saya pon yang spm hari ni. okay dah-dah. Para pembaca sekalian, dengarlah luahan perasaan atau puisi yang saya cipta khas untuk diri saya sendiri. muehehe. Korang-korang jangan ciplak ea.


resah
yang ku ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau, aku tak mengerti
meski pagi itu indah tapi,
akan sunyi tanpamu
menemani aku sepi
tanpa
kulit bukumu aku resah
tanpa 
tulisanmu aku hampa
tanpa
naskhah buku aku mati
kini
benar-benar ku rasakan
dalam relung hatiku tanpamu
aku tak mengerti
takut 
aku jauh dari dirimu
dan kau tinggalkan aku sendiri
tanpamu ku mati....

Sedap tak? Okay sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi PMR pada tahun sebelum hadapan, saya ingn mengaku bahawa puisi di atas telah dicipta sepenuhnya oleh Ayu diciplak dari lagu kegemaran ku, TANPA- 6IXTH SENSE muehehe. Sesape yang tak pernah dengar lagu tu konfem tak tau puisi di atas telah diciplak. Hahaha. Tapi mustahil tak tau lagu tu.Sebab...lagu tu popular! Al-maklumlah, tengokla sape fans dia. Muahaha...okay setakat tu sahaja luahan hati seorang pejuang pelajar yang bernama Miley Cyrus Ayu.Okay, tu je. Tata titi tutu. Assalamualaikum. Bye2. Muah! (:

Older Post | Newer Post